SAHABAT SKUSES

Monday, March 29, 2010

Bananas and HIV

APOTENT new HIV inhibitor derived from bananas may poen the door to new treatments to prevent sexual transmission of HIV,according to a University of Michigan Medical School study published recently.

Scientists have an emerging interest in lectins,naturally occuring chemicals in plants,because of thier ability to halt the chain of reaction that leads to a variety of infections.

Friday, March 26, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa ICT SERIDANG

Mesyuarat Jawatankuasa ICT Bil 2/2010 telah dijalankan dengan lancar.Ahli mesyuarat telah dimaklumkan tentang 'Anugerah Pemimpin Teknologi Maklumat Komunikasi'. Berhubung dengan itu, sekolah akan dinilai oleh pegawai ICT dari Pejabat pelajaran Ulu Selangor pada 31/3/2010 (Rabu).

Mesyuarat membincangkan persediaan bagi anugerah tersebut. Warga sekolah positif dengan pencalonan oleh Pejabat pelajaran Daerah Gombak ke atas sekolah ini. Semoga wadah ini menjadi cabaran dan juga peluang kepada warga sekolah untuk lebih proaktif dalam meningkatkan infrastruktur ICT bagi menjana "PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN MENJAMIN PENCAPAIAN MURID" SMK Seri Kundang.

Thursday, March 18, 2010

Aktiviti Kokurikulum SERIDANG

Setiap Rabu: Guru-guru dan pelajar-pelajar memakai pakaian unit uniform masing-masing. Pelajar nampak segak bergaya dan sebaik mungkin berdisiplin dalam pergerakan. Semenjak ada bantuan pakaian seragam unit uniform, bilangan murid yang memakainya bertambah. Pengetua lazimnya bertukar-tukar baju unit uniform begitu juga guru-guru walaupun dibeli dengan emolumen yang diterima. Bagi pihak murid-murid diucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Suatu pagi hari Rabu, saya berbual dengan beberapa orang pelajar . Dapatan dari perbualan tersebut, murid-murid menyatakan tidak selesa, panas dan berpeluh apabila mengenakan pakaian uniform kor kadet remaja (KRS) dan kadet polis. Mereka menyatakan material kedua-dua pakaian unit uniform itu agak tebal dan menganggu pembelajaran mereka di bilik darjah kerana berpeluh dan panas. Tambahan pula cuaca yang panas pada masa sekarang.

Kesimpulanya, pengurusan kokururikulum wajar menjalankan kaji selidik dan memikirkan cara-cara untuk menarik lebih ramai murid berpakaian unit uniform pada hari Rabu. Pada masa yang sama, saya kagum kerana ramai guru-guru memakai unit uniform pada hari Rabu termasuklah pengetua. Guru kan menjadi contoh teladan yang terbaik kepada murid-murid. Terima kasih kepada guru dan pelajar yang memakai pakaian unit uniform masing-masing. Teruskan!!!.

Salam dan doa dari Pengetua.