SAHABAT SKUSES

Friday, July 6, 2012

SETEGUK AIR ZAM-ZAM BUAT PERMATA SEKUN

Terima kasih kepada PIBG dan Puan Nasriah atas sumbangan air zam-zam. Sempat saya bertanya kepada pelajar-pelajar 'Dah pernah menikmati air zam-zam? Ada yang kata sudah dan ramai yang kata belum. Syukurlah hari ini mereka menikmatinya. Selesai membaca surah Yaasin di Dataran SMKSK yang diketuai oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Ahmad Ismail, air zam-zam diagihkan kepada semua pelajar tingkatan 3 & 5. Manis dan indahnya suasana apabila guru-guru tingkatan menuangkan air zam-zam untuk anak-anak didik mereka. Murid-murid tingkatan 3 & 5 keturunan Cina dan India  berada di kantin sekolah untuk latih-tubi matematik di bawah seliaan Ketua Bidang Kemanusiaan. Pn Tey menjalankan kelas Bahasa Cina untuk murid tingkatan 4, manakala murid tingkatan 1, 2 dan 4 dari keturunan Cina dan India mengikuti program motivasi yang dikendalikan oleh Guru Cemerlang Bimbingan & Kaunseling. Hebatnya guru-guru demi anak bangsa. Terima kasih cikgu, terima kasih guru-guruku. Semoga bulan Sya'aban diisi dengan kebaikan yang diterima oleh Nya.Hanya Dia yang lebih berhak menilai hambanNya.



HARI JEJAK JAYA 2012
Terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang dapat hadir pada hari jejak jaya pada 4 April 2012. Seramai 44% ibu bapa dan penjaga hadir pada hari tersebut untuk melihat sendiri prestasi dan membincangkan langkah-langkah kemajuan akademik dan sahsiah anak-anak tersayang. Semoga kehadiran ibu bapa akan menyuntik semangat dan menggembirakan hati pelajar-pelajar. Terima kasih tuan dan puan.

Friday, May 11, 2012

BENGKEL KEMAHIRAN BELAJAR KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)
TARIKH: 10 MEI 2012 - KHAMIS

Seramai 138 orang murid KRK (1Wardah, 1Bestari, 2Wardah & 2Bestari) telah berjaya mengikuti Bengkel Kemahiran Belajar dari 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari (4 jam). Bengkel dikendalikan oleh IQ Management.
Adalah diharapkan semua murid yang terlibat mendapat manfaat dan memastikan peningkatan pencapaian akademik berlaku. Murid diharap dapat menguruskan masa prep petang dengan berfaedah dan berkualiti. Para guru Bimbingan dan Kaunseling dan Guru-guru sentiasa bersedia membantu kalian.

Salam Kecemerlangan daripada: Pengetua
BUAT ANAK-ANAK DIDIKKU:
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012
JAWAB YANG TERBAIK!!!

Kamu harapan ibu ayah,
Kamu harapan guru
Kamu harapan sekolah tersayang
Doa kami iringi...walaupun ia cuma peperiksaan biasa...
Namun, penilaian ini petunjuk prestasi akademik kalian..
Salam sayang dari kami
Melewati Hari Guru
16 Mei 2012
 
Daripada Bonda Pengetua

Monday, April 16, 2012

Bola Sepak 18 Tahun - JUARA DAERAH GOMBAK

TAHNIAH!
2012 - Pasukan bola sepak 18 tahun SEKUN telah dinobatkan sebagai JUARA bola sepak Daerah Gombak buat kali pertama. Semoga pelajar-pelajar terus memartabatkan nama SMK SERI KUNDANG di persada pendidikan. YAKIN SEKUN BOLEH!