SAHABAT SKUSES

Sunday, October 3, 2010

PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) BERTAMU LAGI ... 2010


Kepada Semua 258 orang calon PMR/2010

BUAT SEHABIS BAIK
Buktikan kepada kami 'ANDA BOLEH MELAKUKANNYA'
Pasti dan Sasarkan lulus dengan Cemerlang semua mata pelajaran
SMK Seri Kundang Kebanggaan KITA


Iringan Doa daripada:
Pengetua & Warga SMKSK

Sunday, July 18, 2010

Program Kepimpinan Pengawas 2010

D'Teratak Riverview - Seramai 82 orang pengawas telah mengikuti Program Kepimpinan Pengawas 2010. Program bermula pada 16 - 18 Julai 2010. Program seumpama ini amat wajar diadakan untuk menggilap dan memantapkan kepimpinan kumpulan sasaran ini. Program ini mendapat sokongan kewangan dari PIBG. Program 3 hari 2 malam ini berjalan lancar dengan perancangan yang rapi oleh kaunsaltan 2wins Resources Management dan 4 orang fasilitator UPSI. Program kepimpinan pengawas 2010 kali ini bertemakan "Kepimpinan Bitara Menjana Inovasi"

Barisan pengawas adalah pemimpin peringkat akar umbi. Mereka telah menjalankan aktiviti seperti ice breaking, night walk, water confident, rentas halangan, LDK, aktiviti Malaysia Cergas dan membuat penilaian program. Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini, ketahanan fizikal, minda dan emosi mereka memang teruji. Secara langsung atau tidak langsung, ciri-ciri kepimpinan seperti bertanggungjawab, ikhlas, komitmen tinggi, bijak membuat keputusan, bekerjasama dan mengutamakan organisasi pegawas dapat dibina dan diterapkan.

Harapan saya Program Kepimpinan Pengawas 2010 yang bertemakan "Kepimpinan Bitara Menjana Inovasi" dapat direalisikan dan menyumbangkan impak kepada kecemerlangan SMK Seri Kundang. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh pengetua dan dihadiri oleh YDP dan NYDP PIBG.

18 Julai 2010, jam 2.41 petang, semua peserta dan guru berangkat pulang ke sekolah. Terima kasih kepada semua guru dan pihak yang telah bekerjasama menjayakan program ini.

Salam dari Pengetua.

Tuesday, July 6, 2010

Minggu Program Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah














06 Julai 2010:
Wahai Anak Didikku Sayang 'Jauhi Najis Dadah' Demi Kehidupanmu


Program Pencegahan Anti Dadah (PPaD) anjuran unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama ADK Daerah Gombak menggarabkan objektif murni iaitu membekalkan maklumat kesan negatif penggantungan terhadap dadah.
Pelbagai pengisian program disediakan:
1. Ceramah, pameran dan tayangan slide dari ADK Daerah Gombak
2. Demo anjing pengesan dadah dari unit pengesan
3. Program 'Aku Ingin Dunia Sihat - AIDS' Bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) 4. Lain-lain program yang menanam kesedaran bahaya najis dadah dan AIDS

"Wahai anak didik kami 'Sayangi Dirimu, Jauhi Najis Dadah'
"Di SMKSK ini Pemimpim Dilahirkan"


Salam dari Pengetua...

Sunday, July 4, 2010

Anugerah Lonjakan Saujana PMR 2009



















TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH
UNTUK SEMUA WARGA SMK SERI KUNDANG

Kita lipat gandakan usaha dan mantapkan strategi untuk melonjakkan prestasi PMR tahun 2010.

Anugerah ini adalah pengiktirafan untuk "KITA" dan meneruskan usaha demi kecemerlangan anak didik dan mengharumkan nama sekolah.

Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


















02 Julai 2010 : Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Semua PRS yang baru dilantik dikehendakki mengikuti kursus asas ini. Oleh itu, PRS mempunyai kesediaan dalam berkomunikasi dengan rakan sebaya. mereka umpama 'kaunselor muda' di sekolah. Tahniah!!! kepada PRS yang telah dilantik dan Unit Bimbingan Kaunseling yang menganjurkan kursus ini.

Hari Pengguna Peringkat Sekolah

























02 JULAI 2010 - Hari Pengguna Anjuran Kelab Pengguna SMKSK
Melalui pameran pengguna, warga sekolah mendapat maklumat produk yang asli. Murid-muri pula dapat mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan.

Monday, March 29, 2010

Bananas and HIV

APOTENT new HIV inhibitor derived from bananas may poen the door to new treatments to prevent sexual transmission of HIV,according to a University of Michigan Medical School study published recently.

Scientists have an emerging interest in lectins,naturally occuring chemicals in plants,because of thier ability to halt the chain of reaction that leads to a variety of infections.

Friday, March 26, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa ICT SERIDANG

Mesyuarat Jawatankuasa ICT Bil 2/2010 telah dijalankan dengan lancar.Ahli mesyuarat telah dimaklumkan tentang 'Anugerah Pemimpin Teknologi Maklumat Komunikasi'. Berhubung dengan itu, sekolah akan dinilai oleh pegawai ICT dari Pejabat pelajaran Ulu Selangor pada 31/3/2010 (Rabu).

Mesyuarat membincangkan persediaan bagi anugerah tersebut. Warga sekolah positif dengan pencalonan oleh Pejabat pelajaran Daerah Gombak ke atas sekolah ini. Semoga wadah ini menjadi cabaran dan juga peluang kepada warga sekolah untuk lebih proaktif dalam meningkatkan infrastruktur ICT bagi menjana "PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN MENJAMIN PENCAPAIAN MURID" SMK Seri Kundang.

Thursday, March 18, 2010

Aktiviti Kokurikulum SERIDANG

Setiap Rabu: Guru-guru dan pelajar-pelajar memakai pakaian unit uniform masing-masing. Pelajar nampak segak bergaya dan sebaik mungkin berdisiplin dalam pergerakan. Semenjak ada bantuan pakaian seragam unit uniform, bilangan murid yang memakainya bertambah. Pengetua lazimnya bertukar-tukar baju unit uniform begitu juga guru-guru walaupun dibeli dengan emolumen yang diterima. Bagi pihak murid-murid diucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Suatu pagi hari Rabu, saya berbual dengan beberapa orang pelajar . Dapatan dari perbualan tersebut, murid-murid menyatakan tidak selesa, panas dan berpeluh apabila mengenakan pakaian uniform kor kadet remaja (KRS) dan kadet polis. Mereka menyatakan material kedua-dua pakaian unit uniform itu agak tebal dan menganggu pembelajaran mereka di bilik darjah kerana berpeluh dan panas. Tambahan pula cuaca yang panas pada masa sekarang.

Kesimpulanya, pengurusan kokururikulum wajar menjalankan kaji selidik dan memikirkan cara-cara untuk menarik lebih ramai murid berpakaian unit uniform pada hari Rabu. Pada masa yang sama, saya kagum kerana ramai guru-guru memakai unit uniform pada hari Rabu termasuklah pengetua. Guru kan menjadi contoh teladan yang terbaik kepada murid-murid. Terima kasih kepada guru dan pelajar yang memakai pakaian unit uniform masing-masing. Teruskan!!!.

Salam dan doa dari Pengetua.