SAHABAT SKUSES

Friday, May 11, 2012

BUAT ANAK-ANAK DIDIKKU:
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012
JAWAB YANG TERBAIK!!!

Kamu harapan ibu ayah,
Kamu harapan guru
Kamu harapan sekolah tersayang
Doa kami iringi...walaupun ia cuma peperiksaan biasa...
Namun, penilaian ini petunjuk prestasi akademik kalian..
Salam sayang dari kami
Melewati Hari Guru
16 Mei 2012
 
Daripada Bonda Pengetua

Monday, April 16, 2012

Bola Sepak 18 Tahun - JUARA DAERAH GOMBAK

TAHNIAH!
2012 - Pasukan bola sepak 18 tahun SEKUN telah dinobatkan sebagai JUARA bola sepak Daerah Gombak buat kali pertama. Semoga pelajar-pelajar terus memartabatkan nama SMK SERI KUNDANG di persada pendidikan. YAKIN SEKUN BOLEH!

Sunday, December 18, 2011

Rayuan Kemasukan ke Tingkatan Satu, Sekolah Berasrama Penuh, KPM bagi sesi 2012.



Sukacita dimaklumkan talian e-rayuan dibuka kepada permohonan yang tidak berjaya dan ingin mengemukakan rayuan dari 14 Disember 2011 sehingga 4 Januari 2012.


Sila klik di sini untuk memasuki laman e-rayuan

Tuesday, November 15, 2011

GARIS PANDUAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2012 KEPADA MURID

Garis Panduan untuk Tatacara Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan 2012 sebanyak RM 100 kepada murid.
Muat turun;

GARIS PANDUAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2012 KEPADA MURID

Rujukan: www.moe.gov.my
ADUAL AGIHAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN SESI 2012 SMK SERI KUNDANG

TARIKH
TINGKATAN
16.11.2011
(RABU)
2 DAN 3
17.11.2011
(KHAMIS)
PER DAN 4
18.11.2011
(JUMAAT)
1

Tuesday, November 8, 2011

14 November 2011: Mulakan Langkahmu, Gerakkan Jari Jemarimu Dengan Yakin

Buat anak-anak didikku yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 14 November ini, besar harapan saya agar anak-anakku sedaya upaya menjawab soalan-soalan dengan bersungguh-sungguh. Pesan dari cikgu sebagai ibu gurumu:
1. Buat ulangkaji nota-nota ringkas yang telah dibuat
2. Tidur sekurang-kurangnya 6 jam...so jangan keluar malam.
3. Solat lima waktu mesti penuh
4. Berdoa mohon bantuan Allah/Tuhan
5. Jaga kesihatan ya.

Salam dari ibu gurumu,
Pn Noraizan