SAHABAT SKUSES

Sunday, September 4, 2011

Selamat 3x

Selamat, selamat, selamat kembali ke pangkuan sekolah buat murid-muridku,

PMR lagi 30 hari, SPM lagi 71 hari....apa komen anda semua?
Para guru akan bersedia membantu kamu untuk memaksimakan persediaan sebelum berjuang didewan peperiksaan. Markah peperiksaan percubaan PMR akan dikey in dalam sistem SAPS KPM oleh guru-guru.
Oh ya! calon-calon PMR boleh la memohon ke asrama penuh dan sekolah teknik serta vokasional secara atas talian. Masalah??? Oh murid-muridku sayang......mana ada masalah. Jumpa saja kaunselor sekolah kita. Cikgu dah sediakan talian internet di bilik kaunseling untuk kemudahan kalian. Jangan terleka ya jika berminat!!!. Buat sementara ni 'lock out' dulu facebook....tak rugi apa-apa pun jika tak update status, untuk ada la....nak tau apa untungnya?. Ha...jimat pelbagai perkara....Fikir-fikirkan la... Salam sayang dari Pengetua.

Tuesday, February 22, 2011

'Aset SMKSK' Bersama Cgu Jingo

YDP PIBG, En Khairi seawal 7.45 pagi telah sampai di sekolah. Beliau seorang 'Pemimpin' PIBG yang sangat komited dan berminat dengan aktiviti sekolah. Terima kasih En Khairi.

'Cgu Jingo' nama yang cukup menarik dalam kalangan remaja. Jiwanya begitu ikhlas dan sensitif dengan tingkah laku remaja yang dapat dicanai kepada kecemerlangan diri. Unit kaunseling menjadi jawatankuasa pelaksana 'Program Jati Diri'.




Sasaran program ialah 260 murid tingkatan 3. Saya berharap program ini mencapai objektif kerana pelaksanaannya dalam tiga sesi dan bilangan murid yang kecil.


PEMANTAUAN KELOMPOK



22 Feb2011 : Seramai lima orang pegawai Pejabat Pelajaran Daerah yang diketuai oleh En Bakhari bin Abd Rahman, Penolong PPD Pengurusan Sekolah Menengah telah tiba di perkarangan sekolah jam 8.30 pagi. Mereka begitu tekun dan teliti mengaudit dokumen-dokumen pengurusan sekolah. Mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai-pegawai pelajaran daerah. Saya bersedia memberi kerjasama, begitu juga rakan pentadbir dan guru-guru. Pada masa yang sama, ada program Jati Diri untuk murid tingkatan 3 bersama Cgu Jingo di dewan. Alhamdulillah...dapatan pemantauan 'CEMERLANG'. Ada juga teguran-teguran penambahbaikan yang perlu diambil.

Sunday, October 3, 2010

PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) BERTAMU LAGI ... 2010


Kepada Semua 258 orang calon PMR/2010

BUAT SEHABIS BAIK
Buktikan kepada kami 'ANDA BOLEH MELAKUKANNYA'
Pasti dan Sasarkan lulus dengan Cemerlang semua mata pelajaran
SMK Seri Kundang Kebanggaan KITA


Iringan Doa daripada:
Pengetua & Warga SMKSK

Sunday, July 18, 2010

Program Kepimpinan Pengawas 2010

D'Teratak Riverview - Seramai 82 orang pengawas telah mengikuti Program Kepimpinan Pengawas 2010. Program bermula pada 16 - 18 Julai 2010. Program seumpama ini amat wajar diadakan untuk menggilap dan memantapkan kepimpinan kumpulan sasaran ini. Program ini mendapat sokongan kewangan dari PIBG. Program 3 hari 2 malam ini berjalan lancar dengan perancangan yang rapi oleh kaunsaltan 2wins Resources Management dan 4 orang fasilitator UPSI. Program kepimpinan pengawas 2010 kali ini bertemakan "Kepimpinan Bitara Menjana Inovasi"

Barisan pengawas adalah pemimpin peringkat akar umbi. Mereka telah menjalankan aktiviti seperti ice breaking, night walk, water confident, rentas halangan, LDK, aktiviti Malaysia Cergas dan membuat penilaian program. Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini, ketahanan fizikal, minda dan emosi mereka memang teruji. Secara langsung atau tidak langsung, ciri-ciri kepimpinan seperti bertanggungjawab, ikhlas, komitmen tinggi, bijak membuat keputusan, bekerjasama dan mengutamakan organisasi pegawas dapat dibina dan diterapkan.

Harapan saya Program Kepimpinan Pengawas 2010 yang bertemakan "Kepimpinan Bitara Menjana Inovasi" dapat direalisikan dan menyumbangkan impak kepada kecemerlangan SMK Seri Kundang. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh pengetua dan dihadiri oleh YDP dan NYDP PIBG.

18 Julai 2010, jam 2.41 petang, semua peserta dan guru berangkat pulang ke sekolah. Terima kasih kepada semua guru dan pihak yang telah bekerjasama menjayakan program ini.

Salam dari Pengetua.