SAHABAT SKUSES

Monday, October 17, 2011

Program Rehlah Minda SPM

14 Oktober 2011 : Seramai 46 orang murid tingkatan 5 mengikuti Program Rehlah Minda. Objektif utama "murid di samping guru dan rakan pembimbing dua hari satu malam". Mereka diasah secara intensif oleh guru-guru untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM tahun 2011. Terima kasih buat guru-guru, pentadbir dan penyelaras program yang bertungkus lumus dan bermalam di sekolah untuk menjayakan program ini. SELAMAT MENDUDUKI SPM buat anda.Yakin BOLEH!!!

Salam dari Pengetua:Pn Hajah Noraizan

TUAH ANAK-ANAK MERDEKA


Kamu semua semestinya bersyukor. Seramai 100 orang murid SMK Seri Kundang dari pelbagai bangsa menerima pakej netbook 1Malaysia. Majlis Penyerahan oleh SKMM telah disempurnakan oleh YB Abdul Shukor bin Hj Idrus (ADUN Kuang). Ibu bapa dan murid dari lima buah sekolah telah menerima netbook masing-masing. Seramai 386 orang penerima netbook 1Malaysia telah dipilih berdasarkan kriteria pendapat isi rumah kurang RM3000/-. Semoga murid-murid menggunakan netbook ini dengan berhemah dan untuk pembelajaran.