SAHABAT SKUSES

Tuesday, July 9, 2013

Dialog Prestasi

Jemputan ke Program Dialog Prestasi.
program ini adalah program peningkatan akademik secara berfokus. Ia selari dengan Program Sarana Ibu Bapa yang dianjurkan oleh KPM. Secara khusus mementingkan penglibatan ibu bapa dalam peningkatan akademik anak-anak terutama yang akan menduduki peperiksaan PMR. Dialog akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 11/7/2013 - Khamis.
Masa : 8.30 pagi hingga 10.00 pagi.
Tempat: Bilik Mesyuarat
Sasaran: Ibu bapa murid 3 Bestari dan 3 Wardah
Jom hadir....sebagai tanda komitmen KITA.

Tuesday, January 22, 2013

80 orang murid tingkatan 4 SKUSES terlibat dalam Program Pengantarabangsaan bersama pelajar dari New Jersey University, USA dari 22 - 24/4/2012 di BTN Tanjung Rhu, Sepang.

JENDELA 2013: SMK SERI KUNDANG genap berusia 10 tahun (2003 - 2012). Kini, sekolah kami dikenali dengan singkatan SKUSES @ Seri Kundang Secondary School. Semoga kejayaan terus dicipta oleh warga SKUSES pada tahun ini.

SKUSES telah menempa sejarahnya yang tersendiri pada tahun 2012:

1.  Majalah Sekolah Paradigma edisi ke 3 akan diedarkan esok. Tahniah Sidang Redaksi SKUSES.
2.  Johan Musolla 5 Bintang Peringkat Negeri Selangor dan Daerah Gombak.
3.  SKUSES dilawati oleh mantan Tuan Pengarah JPNS
4.  Johan Bola Sepak Bawah 18 tahun, dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Menengah Daerah Gombak.
5.  Tempat Ketiga - Kejohanan Sofbol Sekolah Menengah, Daerah Gombak
6.  Menerima Anugerah Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Terbaik, Daerah Gombak
7.  Menerima Anugerah pengurusan Makmal Komputer Terbaik, Daerah Gombak
8.  Program Pengantarabangsaan SKUSES:
     8.1    Sidang Video dengan pelajar Amerika Syarikat bersama Schlumbeger
     8.2    SEED Workshop - water Testing bersama Miss Amber, Vice President of Schlumberger, France
     8.3    Summer Camp - Gateway To Oversea bersama pelajar-pelajar New Jersey University, USA.
9.  Simulasi Haji bersama Tabung Haji
10. Johan Kawad Kaki dalam Pertandingan Kawad Kaki Daerah Gombak.
11. Peningkatan prestasi PMR 2012: 73.63 % dengan GPS 2.68. 14 orang murid Straight A's

Semoga SKUSES terus berusaha untuk lebih cemerlang dalam acuannya sendiri.

Friday, July 6, 2012

SETEGUK AIR ZAM-ZAM BUAT PERMATA SEKUN

Terima kasih kepada PIBG dan Puan Nasriah atas sumbangan air zam-zam. Sempat saya bertanya kepada pelajar-pelajar 'Dah pernah menikmati air zam-zam? Ada yang kata sudah dan ramai yang kata belum. Syukurlah hari ini mereka menikmatinya. Selesai membaca surah Yaasin di Dataran SMKSK yang diketuai oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Ahmad Ismail, air zam-zam diagihkan kepada semua pelajar tingkatan 3 & 5. Manis dan indahnya suasana apabila guru-guru tingkatan menuangkan air zam-zam untuk anak-anak didik mereka. Murid-murid tingkatan 3 & 5 keturunan Cina dan India  berada di kantin sekolah untuk latih-tubi matematik di bawah seliaan Ketua Bidang Kemanusiaan. Pn Tey menjalankan kelas Bahasa Cina untuk murid tingkatan 4, manakala murid tingkatan 1, 2 dan 4 dari keturunan Cina dan India mengikuti program motivasi yang dikendalikan oleh Guru Cemerlang Bimbingan & Kaunseling. Hebatnya guru-guru demi anak bangsa. Terima kasih cikgu, terima kasih guru-guruku. Semoga bulan Sya'aban diisi dengan kebaikan yang diterima oleh Nya.Hanya Dia yang lebih berhak menilai hambanNya.



HARI JEJAK JAYA 2012
Terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang dapat hadir pada hari jejak jaya pada 4 April 2012. Seramai 44% ibu bapa dan penjaga hadir pada hari tersebut untuk melihat sendiri prestasi dan membincangkan langkah-langkah kemajuan akademik dan sahsiah anak-anak tersayang. Semoga kehadiran ibu bapa akan menyuntik semangat dan menggembirakan hati pelajar-pelajar. Terima kasih tuan dan puan.