SAHABAT SKUSES

Sunday, July 18, 2010

Program Kepimpinan Pengawas 2010

D'Teratak Riverview - Seramai 82 orang pengawas telah mengikuti Program Kepimpinan Pengawas 2010. Program bermula pada 16 - 18 Julai 2010. Program seumpama ini amat wajar diadakan untuk menggilap dan memantapkan kepimpinan kumpulan sasaran ini. Program ini mendapat sokongan kewangan dari PIBG. Program 3 hari 2 malam ini berjalan lancar dengan perancangan yang rapi oleh kaunsaltan 2wins Resources Management dan 4 orang fasilitator UPSI. Program kepimpinan pengawas 2010 kali ini bertemakan "Kepimpinan Bitara Menjana Inovasi"

Barisan pengawas adalah pemimpin peringkat akar umbi. Mereka telah menjalankan aktiviti seperti ice breaking, night walk, water confident, rentas halangan, LDK, aktiviti Malaysia Cergas dan membuat penilaian program. Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini, ketahanan fizikal, minda dan emosi mereka memang teruji. Secara langsung atau tidak langsung, ciri-ciri kepimpinan seperti bertanggungjawab, ikhlas, komitmen tinggi, bijak membuat keputusan, bekerjasama dan mengutamakan organisasi pegawas dapat dibina dan diterapkan.

Harapan saya Program Kepimpinan Pengawas 2010 yang bertemakan "Kepimpinan Bitara Menjana Inovasi" dapat direalisikan dan menyumbangkan impak kepada kecemerlangan SMK Seri Kundang. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh pengetua dan dihadiri oleh YDP dan NYDP PIBG.

18 Julai 2010, jam 2.41 petang, semua peserta dan guru berangkat pulang ke sekolah. Terima kasih kepada semua guru dan pihak yang telah bekerjasama menjayakan program ini.

Salam dari Pengetua.

1 comment:

  1. http://puteraadika.blogspot.com/2010/07/kursus-kepimpinan-pengawas.html

    ReplyDelete