SAHABAT SKUSES

Sunday, July 13, 2014

MAJLIS PELANCARAN DAN PERASMIAN PUSAT AKSES K-SCHOOL SKUSES

       Pada tahun 2009, SMK SERI KUNDANG mengambil langkap proaktif dalam pembestarian sekolah melalui ICT. Bermula dengan talian stremyx PIBG, emelgroup guru-guru, emelgroup pentadbir maka  pengurusan sekolah lebih cepat dan komunikasi berkesan dapat ditingkatkan. Pada tahun 2012, Perbincangan awal bermula dengan PIBG diikuti dengan perjumpaan di pejabat Yang Berbahagia Datuk YB Shukor bin Hj Yusof untuk projek ini. Hasrat Pengetua disokong penuh oleh PIBG dan Yang Berbahagia Datuk. Justeru itu, Projek K-School yang satu-satunya di Gombak diberi kepada SMK Seri Kundang oleh Yang Berbahagia Datuk YB Shukor. Bermula dengan penyediaan bilik, pendawaian internet dan bermula dengan 5PC dan 1 pencetak.30 jUN 2014, selepas penyelenggaraan dan penambahan 6 PC, pusat akses ini dirasmikan penggunaannya dan in shaa Allah Yang Berbahagia Datuk telah bersetuju untuk menyediakan meja dan kerusi komputer yang lebih sesuai. Penggunaan secara tempahan untuk selama satu jam adalah percuma untuk murid-murid mengakses maklumat pembelajaran. Semoga digunakan secara berhemah dan bertanggungjawab. Laman-laman sosial tidak boleh diakses bagi pusat akses ini.

PN MAZWILA, GURU PENYELARAS 'SETUP' BILIK INI - 24 MAC 2012
PN NORAIZAN, MEMANTAU PEGAWAI MOSTI DALAM PEMASANGAN PERISIAN.





Pusat Akses K-School SKUSES
 

YB Datuk Abdul Shukor menanda tangan plug perasmian.

Pn Salehah dan Pn Norazlin (tiada foto) semasa majlis perasmian. TAHNIAH!!!

Saturday, July 12, 2014

MOMEN-MOMEN AKHIR PENGETUA DI SKUSES

PROGRAM SARANA BERSAMA IBU BAPA MURID TIONHUA - 4 FEB 2014
GAMBAR KENAGAN DENGAN PELAJAR 5 SAINS - 3 JULAI 2014

SEMOGA SURAU NURUL AL-FALAH TERUS MENDAPAT SUMBANGAN PEMBINAAN - 5 JULAI 2014

AKTIVITI SEKOLAH JANUARI HINGGA JUN - 2 JULAI 2014
TAMAN i-THINKSUMBANGAN CIDB, PIBG - 3 JULAI 2014
MAJLIS PERPISAHAN PADA 4 JULAI 2014

PROGRAM SARANA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB) -  MAC 2014
MEMORY WALL SKUSES SUKSES @ PRINCIPAL NORAIZAN - 3 JULAI 2014

PENYELENGARAAN NAMA SKUSES - 12 JUN 2014

WARGA SKUSES DI PONDOK MBMMBI - 3 JULAI 2014

TANDAS BERSIH UNTUK MURID

Sambutan Hari Polis Kali ke 203
































SMK Seri Kundang ~ Pengerusi Kor Kadet Polis Daerah Gombak. Maka kenalah pengetua menghadiri Sambutan Hari Polis ke 203 peringkat aerah Gombak pagi tadi bersama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik Vokasional bertempat di Dataran Majlis Perbandaran Selayang. Ini kali pertama sambutan dibuat di tempat terbuka. Saya dimaklumkan objektifnya untuk merapatkan hubungan polis dan komuniti sebagai kaedah untuk mencapai NKRA bidang kepolisan.

Cuaca agak terik walaupun jam baru pukul 9.oo pagi. Pegawai polis yang terlibat dalam perbarisan lintas hormat tegak berdiri dan segak bersenjata. Oh...meleleh keringat mereka di lengan anggota polis yang berbaris. Memang mengagumkan....ketahanan mereka. Pada hematku, jika kadet polis sekolah yang berbaris sudah tentu ramai yang pengsan.

Atucara majlis ringkas tetapi berjalan lancar,suara juruacaranya mantap dan kena alunannya. Sijil-sijil penghargaan diberikan kepada anggota yang berjaya dalam tugas-tugas kepolisan. Orang awam turut diberi sijil penghargaan termasuk seorang atenden PETRONAS yang memberi maklumat dalam penagkapan penjenayah di stesen minyak. Terima kasih kepada anggota polis yang tulus dan komited menjalankan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat dan keamanan negara ini. Teruskan khidmat murni kalian.

PROGRAM JALIANAN SKUSES @ SEED

Di bawah kelolaan guru penasihat Program Jalinan SKUSES, Miss Gee @ Cik Mazidah dan Cik Azlina @ Cik Lin, seramai 12 orang murid telah memenuhi jemputan ke Program SEED di Menara Petronas, Kuala Lumpur pada 7 Jun 2014 selama dua hari satu malam. Murid yang terlibat dan guru telah diberi sijil penyertaan. TAHNIAH! anda mampu melakukan perubahan yang positif dan bermakna untuk SKUSES dan diri anda.'All the best to you'.

HARI GURU 2014

Pada16 Mei 2014, seawal 7.30 pagi hingga jam 10.00 pagi, Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan. Tahniah dan Syabas! buat  PIBG dan Jawatankuasa Sambutan. Walaupun ringkas tetapi momen ini amat berharga buat guru-guru.SKUSES.Bermula dengan perarakan masuk guru-guru dan PIBG, bacaan perutusan Kementerian Pendidikan Malaysia, Penghargaan Buat Guru-guru, Nyayian Guru 'Guru Malaysia' dan persembahan oleh pelajar. Semoga guru-guru terus mendidik, membimbing dan mengajar kami pada tahap terbaik. Semoga guru-guru SKUSES dapat mencapai visi dan misi pendidikan negara selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Semoga 6 aspirasi murid dapat direalisasikan di dalam dan juga di luar bilik darjah.