SAHABAT SKUSES

Saturday, July 12, 2014

SUKAN TAHUNAN SKUSES 2014






     Pada 22 Jun 2014 (Ahad), kemuncak hari sukan tahunan berlansung. Lima rumah sukan yang dijenamakan dari Redang, Tioman, Langkawi dan Pangkor (4 buah) kepada Cheetah, Lion, Tiger, Jaguar dan Leopard (5 buah) amat bertepatan sekali kerana bilangan murid yang bertambah dari 1291 orang pada tahun 2009 dan kini berjumlah 1457 orang. Justeru itu, lebih ramai murid akan dapat melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam sukan dan mengumpul markah Kokurikulum masing-masing. Pihak sekolah sentiasa memikir dan melaksanakan yang TERBAIK untuk anda!. Hanya acara-acara akhir sahaja pada hari tersebut. Acara-acara lain telah dijalankan sebelumnya. 
       Ibu bapa dijemput hadir bersama guru dan murid-murid. Dari luahan rasa murid-murid, sukan tahunan 2014 tidak meriah seperti tahun-tahun sebelumnya tiada pertandingan rumah sukan dan pertandingan perbarisan. Tahun 2014, cuti pertengahan tahun agak panjang iaitu 19 hari. Dua minggu ebelum cuti adalah minggu peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 4 dan 5 serta ujian sumatif tingkatan 1, 2 dan 3. Kekangan masa adalah faktor utama dan tambahan pula fokus kita pada tahun 2014 adalah Gelombang Pertama (2013 - 2015) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013- 2025). In shaa Allah...tahun 2015 meriah lah sukan tahunan anda!! Sebagai perbandingan, pasukan bola sepak dunia seperti Brazil selalu 'on top' tetapi kali ini Brazil tempat ke 4. Jadinya sukan tahunan kita sejak adanya adalah meriah, tahun 2014 sahaja kurang meriah!!! Ha..ha..akar pokok tu akan merosakkan padang SKUSES....hukum tebang pokok tu.

No comments:

Post a Comment