SAHABAT SKUSES

Sunday, July 13, 2014

MAJLIS PELANCARAN DAN PERASMIAN PUSAT AKSES K-SCHOOL SKUSES

       Pada tahun 2009, SMK SERI KUNDANG mengambil langkap proaktif dalam pembestarian sekolah melalui ICT. Bermula dengan talian stremyx PIBG, emelgroup guru-guru, emelgroup pentadbir maka  pengurusan sekolah lebih cepat dan komunikasi berkesan dapat ditingkatkan. Pada tahun 2012, Perbincangan awal bermula dengan PIBG diikuti dengan perjumpaan di pejabat Yang Berbahagia Datuk YB Shukor bin Hj Yusof untuk projek ini. Hasrat Pengetua disokong penuh oleh PIBG dan Yang Berbahagia Datuk. Justeru itu, Projek K-School yang satu-satunya di Gombak diberi kepada SMK Seri Kundang oleh Yang Berbahagia Datuk YB Shukor. Bermula dengan penyediaan bilik, pendawaian internet dan bermula dengan 5PC dan 1 pencetak.30 jUN 2014, selepas penyelenggaraan dan penambahan 6 PC, pusat akses ini dirasmikan penggunaannya dan in shaa Allah Yang Berbahagia Datuk telah bersetuju untuk menyediakan meja dan kerusi komputer yang lebih sesuai. Penggunaan secara tempahan untuk selama satu jam adalah percuma untuk murid-murid mengakses maklumat pembelajaran. Semoga digunakan secara berhemah dan bertanggungjawab. Laman-laman sosial tidak boleh diakses bagi pusat akses ini.

PN MAZWILA, GURU PENYELARAS 'SETUP' BILIK INI - 24 MAC 2012
PN NORAIZAN, MEMANTAU PEGAWAI MOSTI DALAM PEMASANGAN PERISIAN.





Pusat Akses K-School SKUSES
 

YB Datuk Abdul Shukor menanda tangan plug perasmian.

Pn Salehah dan Pn Norazlin (tiada foto) semasa majlis perasmian. TAHNIAH!!!

No comments:

Post a Comment