SAHABAT SKUSES

Friday, July 11, 2014

'MAJLIS SEMARAK KASIH SEKALUNG BUDI BUAT PENGETUA SKUSES

   Pada 4 Julai 2014, Pn Hajah Noraizan bt Hj Brahim, Pengetua SKUSES diraikan dalam majlis perpisahan "Majlis Semarak Kasih Sekalung Budi". Beliau akan mula bertugas di SMK Darul Ehsan, Selayang Baru mulai 7 Julai 2014. Beliau menjadi peneraju utama di sekolah ini mulai 2 Mac 2009 iaitu selama 5 tahun 3 bulan 28 hari. Warga sekolah akan kehilangan beliau. Sepanjang 5 tahun 3 bulan 28 hari, telah banyak perubahan, penambahbaikan dan penjenamaan di SKUSES telah beliau jalankan bersama pemimpin-pemimpin sekolah yang diamalkan melalui Program Pembangunan Oranisasi Melalui Kepimpinan (PrOD).
     Tak kenak, tak..... Sekali pandang Pengetua yang berbadan kecil ini seorang yang garang dan tegas. Dah kenal... beliau memang seorang yang tegas dalam kelembutan, berpandangan jauh dan penyayang. Kalimah Bismillah.... adalah pembuka bicaranya tidak kira dalam apa jua situasi. SKUSES ada di hatinya. Beliau sanggup membawa dan memakai baju-T SKUSES semasa menziarahi anaknya di London, United Kingdom bulan April yang lalu. Tujuannya semata-mata ingin SKUSES suatu hari nanti menjulang nama di persada antarabangsa. Hari ini, SMK Seri Kundang semakin dikenali di Gombak dan peringkat negeri atas pencapaian dan penghargaan yang diterima dari tahun ke tahun. SKUSES sekolah rintis PrOD 2010, sekolah rintis Program I-THINK 2013, dan pernah dicalokkan sebagai Sekolah Kluster Luar Bandar 2010, Johan Musolla Daerah Gombak 3 tahun berturut-turut (2011 - 2013) dan Naib Johan 2013 negeri Selangor. Johan Bola Sepak Bawah 18 tahun 2012. Semuanya dicipta oleh warga SKUSES di bawah kepimpiman beliau, dengan izinNya. Tahniah!!!
      Sifat penyayang dalam mendidik murid-murid tetapi tegas dalam tugas seharian, murid-murid memanggil beliau dengan panggilan 'Bonda'. Panggilan 'Principal' juga digunakan ketika urusan rasmi di SKUSES bagi merealisasikan Program 'Everday Is An Englis Day' bagi meningkatkan kesedaran berbahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid di SKUSES. Solat berjemaah menjadi keutamaan dan diimamkan oleh murid-murid dan guru-guru lelaki. Solat hajat perdana sering membuka tirai awal persekolahan pada setiap tahun. Hubungan baik dan rapat dengan PIBG melalui komunikasi berkesan beliau amat dirasai oleh PIBG dan KSIB. Semoga surau Nur Al Falah dapat didirikan sebagai wadah buat SKUSES menggerak dan menjana pelbagai kecemerlangan masa depan.
     Pada saat-sat akhir perkhidmatannya di SKUSES, beliau sempat mencari ruang melancarkan program 'I Love My School' yang bertujuan untuk memantapkan disiplin murid-murid. Disiplin adalha tunggak kejayaan mana-mana organisasi. Selain itu, Pusat Akses K-School yang dibangunkan dari buah fikiran beliau dengan kerjasama PIBG dan YB Dato' Abdul Shukor telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk YB Shukur bin Haji Idrus. Bersama kepimpinan beliau, SKUSES adalah singkatan kepada Seri Kundang Secondary School @ rasminaya SMK Seri Kundang. Semoga Pengetua sihat dan sentiasa mendapat redha Allah walau di mana mencurah bakti murni. Ameen.



No comments:

Post a Comment