SAHABAT SKUSES

Saturday, July 12, 2014

Sambutan Hari Polis Kali ke 203
































SMK Seri Kundang ~ Pengerusi Kor Kadet Polis Daerah Gombak. Maka kenalah pengetua menghadiri Sambutan Hari Polis ke 203 peringkat aerah Gombak pagi tadi bersama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik Vokasional bertempat di Dataran Majlis Perbandaran Selayang. Ini kali pertama sambutan dibuat di tempat terbuka. Saya dimaklumkan objektifnya untuk merapatkan hubungan polis dan komuniti sebagai kaedah untuk mencapai NKRA bidang kepolisan.

Cuaca agak terik walaupun jam baru pukul 9.oo pagi. Pegawai polis yang terlibat dalam perbarisan lintas hormat tegak berdiri dan segak bersenjata. Oh...meleleh keringat mereka di lengan anggota polis yang berbaris. Memang mengagumkan....ketahanan mereka. Pada hematku, jika kadet polis sekolah yang berbaris sudah tentu ramai yang pengsan.

Atucara majlis ringkas tetapi berjalan lancar,suara juruacaranya mantap dan kena alunannya. Sijil-sijil penghargaan diberikan kepada anggota yang berjaya dalam tugas-tugas kepolisan. Orang awam turut diberi sijil penghargaan termasuk seorang atenden PETRONAS yang memberi maklumat dalam penagkapan penjenayah di stesen minyak. Terima kasih kepada anggota polis yang tulus dan komited menjalankan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat dan keamanan negara ini. Teruskan khidmat murni kalian.

No comments:

Post a Comment